Entahlah baru-baru ini terdetik di hatiku untuk cuba melukis semual setelah lebih kurang 14 tahun tidak melukis secara serius, ini smua gara-gara surat yang ku terima supaya aku kembali ke sekolah untuk mengajar kerana 14 tahun juga menjawat jawatan penyelia di sebuah agensi bawah Kementerian Pendidikan Malaysia.
Aku bersyukur sekembalinya aku ke dunia lukisan ini bakat ku masih ada dan tidak banyak yang hilang kecuali jika dahulu aku boleh melukis potret muka secara sepontan tetapi kemahiran itu sudah tiada dalam diriku, ya mungkin lama tidak melukis dan kini mata sebelah kiriku tidak berapa jelas selepas setahun yang lalu aku diserang sakit mata lebih dari dua minggu, perkara yang tidak pernah ku alami sebelum ini dimana apabila sahaja mataku sembuh didapati beberapa urat mata telah mati dan telah menjadi sekaput yang melindung retina mataku, itulah yang tellah doktor katakan.
Namun inilah hasil-hasil seni ku setelah sekian lama tidak meluksi.

Ini adalah lukisan yang pertama kali aku lukis iaitu gambar isteri dan anak bongsuku setelah 14 tahun tidak melukis dan kelihatan objeknya agak kaku dan kasar serta kedudukannya kurang sesuai walau bagaimanapun aku berpuas hati.


Gambar ke dua yang aku lukis adalah gambar adik iparku, aku sukakan wajahnya yang fotogenik dan amat mudah dilukiskan kerana kurang garisan-garisan oleh itu mudah di lorek. Walau pun begitu gambar ini aku hasilkan juga dengan berhati-hati dan menjadi pengajaran daripada kesilapan lepas yang aku lakukan.
Gambar seterusnya adalah Prof Hamkah dan yang ini telah berjaya mengeluarkan seluruh kebolehan dalam diriku dan telah menghasilkan lukisan yang ku banggakan dan lukisan ini yang paing aku sayangi tetapi juga yang terpaksa aku lepaskan atas sebab-sebab tertentu iaitu dengan mahar RM 300 atau RP 1 juta rupiah, jika ada yang minat.
Prof Buya Hamkah



Gambar seterusnya amat memenatkan dan mencabar kerana melukis 3 objek sekali gus dalam satu lukisan walau bagaimanapun ianya cukup membangkan diriku kerana berupaya menghasilkannya


Gambar berikutnya adalah gambar pengantin juga agak mencabar kerana sebelum ini belum pernah aku hasilkan gambar pengantin oleh itu aku kena memastikan 2 objek pada gambar tersebut kena sama-sama seimbang iaitu samam-sama jelas, serasi dan cantik.  Gambar akhir sebelum hari raya kerana se,epas ini aku tidak melukis, rihat sekejap iaitu Ketua Pengarah Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri johor, iaitu YM Datin Che Normadiah Bte Che Abbas dan aku merasa bangga disepanjang aku menyiapkan lukisannya kerana dia bos aku. Ok kalau ada sesiapa yang berminat aku melukiskan potretnya sila hubungi hp aku 0137821123.  


Comments