Tanda Kiamat Dah Hampir

Firman Allah, maksudnya: "MANUSIA BERTANYA KEPADAMU TENTANG HARI BERBANGKIT (KIAMAT). KATAKANLAH: SESUNGGUHNYA PENGETAHUAN TENTANG (DATANGNYA) KIAMAT ITU HANYA ADA PADA SISI ALLAH." DAN TAHUKAH KAMU (WAHAI MUHAMMAD), BOLEH JADI KIAMAT SUDAH DEKAT PADA WAKTUNYA." AL-AHZAB:63)

Tanda-tanda kecil kiamat.
1. Seorang hamba sahaya perempuan dikahwini tuannya.
2. Ilmu agama sudah dianggap tidak penting lagi.
3. Ilmu agama sudah tidak difahami dan tidak dipelajari para manusia.
4. Tersebarnya perzinaan kerana mendapat izin rasmi kerana mendirikan tempat
pelacuran/perzinaan oleh pemerintah.
5. Segala minuman keras seperti arak, diminum secara berleluasa, peminumnya sudah
tidak kenal dosa malah menjadi kebanggaan baginya.
6. Lahirnya para Dajjal (pendusta) yang jumlahnya hampir 30 orang, semuanya mengaku
utusan Allah.
7. Ilmu agama dicabut (ramai alim ulama meninggal dunia).
8. Banyak berlaku gempa bumi.
9. Zaman sudah dekat mendekati.
10. Banyak fitnah memfitnah.
11. Banyak pembunuhan.
12. Banyak harta bagi setiap orang hingga tak tahu membelanjakannya.
13. Ramai orang bermegah dengan projek mega.
14. Banyak gunung digondol dan dihapuskan.
15. Ramai orang bodoh rajin beribadah hingga mudah / senang dirayu iblis.
16. Orang yang ahli membaca Al-Quran tetapi fasik, yakni sembahyang dianggap remeh,
mudah dan ditinggalkan.
17. Banyak mendirikan masjid tapi tidak mengimarahkannya.
18.Banyak turun hujan tetapi sedikit tumbuh-tumbuhan.
19. Banyak orang menjadi pemimpin tetapi tidak boleh dipercayai.
20. Ramai orang solihin meninggal dunia.
21. Anak melawan ibubapa.
22. Hujan di musim kemarau.
23. Orang pendusta dianggap benar,orang jujur dibohongi dan tidak dipercayai lagi.
24. Orang yang jauh menjadi akrab tetapi hubungan keluarga terputus.
25. Setiap desa dikepalai orang munafik.
26. Tempat-tempat pengimaman sama dihias.
27. Lahir ramai anak hasil perzinaan.
28. Banyak minuman keras.
29. Ramai orang memutuskan tali persaudaraan.
30. Menuntut ilmu bukan kerana agamanya tetapi bermaksud utk perolehi pangkat dan
kedudukan.
31. Ramai kaum suami menuruti kehendak isterinya.
32. Para pembesar / penguasa melakukan zina.
33. Kitab suci Al-Quran dihina dan diremehkan.
34. Tujuan hidup untuk keperluan perut bukan agama.
35. Orang alim (ulama) sudah tidak ditaati.
36. Orang alim sudah tidak disenangi.
37. Orang kaya dimuliakan kerana kekayaannya.
38. Banyaknya berlaku penceraian suami dan isteri.
39. Banyak kematian secara mendadak.
40. Ramai lelaki merupai wanita dan wanita merupai lelaki.
41. Al-Quran dibaca untuk diperlagukan.
42. Ulamak memihak kepada pemerintah lalu menghalalkan yang haram dan mengharamkan
yang halal.
43. Rasuah berleluasa.
44. Ramai orang bermegah meninggikan bangunan rumahnya.
45. Ramai orang menjual-beli hukum.
46. Memandang ringan masalah perceraian.

Berdasarkan hadith riwayat Iman Bukhari, daripada Abu Hurairah.
Marilah kita menginsafi diri sesama kita semoga Allah sentiasa merahmati kita sekalian. Jika diteliti hampir keseluruhan tanda kiamat seperti dijelaskan itu sudah ada pada hari ini, menunjukkan hari kemusnahan alam makin dekat, tetapi masih ramai tidak bersedia. Mereka yang melakukan kesilapan dan kesalahan, taubat masih terbuka.

Sebagaimana firman Allah dalam ayat 110 surah an-Nisa, bermaksud: “Dan barang siapa yang melakukan kejahatan dan menganiaya diri, dia memohon ampun (taubat) kepada Allah, nescaya dia mendapati Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.”Sabda Rasulullah daripada Ibnu Umar, bermaksud: “Sesungguhnya Allah Azzawajalla tetap menerima taubat seseorang hambanya selama ia belum nazak atau mati.” (Hadis riwayat Tirmidzi)

Firman Allah lagi dalam surah an-Nisa, ayat 18, maksudnya: “Dan tidaklah taubat itu diterima Allah daripada orang yang melakukan kejahatan (yang) apabila datang ajal kepada seseorang daripada mereka, barulah ia mengatakan: ‘Sesungguhnya aku bertaubat sekarang dan tidak pula diterima taubat orang yang mati sedangkan mereka dalam kekafiran (kejahatan).’ Bagi orang itu Kami sediakan azab yang pedih.

Comments