Ahli Parlimen digesa bahas laporan Ketua Audit Negara

Oct 6, 05 3:47pm

Presiden Transparency International (Malaysian), Param Cumaraswamy menyifatkan laporan Ketua Audit Negara bagi tahun 2004 sebagai bebas dan bernilai?kerana mendedahkan kepincangan yang harus ditangani segera.

Antara lain, beliau bingung bagaimana Perbendaharan boleh menjadi penjamin kepada pinjaman berjumlah RM47.5 juta yang diambil oleh sembilan syarikat berkaitan dengan kerajaan, tanpa pemantauan secukupnya bagaimana wang tersebut dibelanja dan dibayar balik.

Beliau juga menyebut mengenai kegagalan projek pengkomputeran bernilai RM32 juta oleh Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso).

Dan Param tidak pasti sama ada kepincangan yang dibangkitkan dalam laporan itu hanya merupakan segelintir daripada banyak lagi masalah yang perlu ditangani segera?

Serapa banyak lagi agensi dan jabatan yang mengendalikan projek-projek seumpama itu dengan kos yang tinggi tetapi mengalami kegagalan, yang perlu disiasat,?katanya.

Di sinilah, kata Param, ahli-ahli Parlimen patut memainkan peranan mereka untuk meneliti laporan Ketua Audit Negara itu kerana mereka bertanggungjawab kepada pengundi yang mahu mereka berbuat demikian.

Gagal kemuka akaun

Ahli-ahli Parlimen bertanggungjawab kepada para pengundi untuk berusaha sepenuhnya dan memberi lebih masa untuk membahaskan bajet, dan jika perlu, membahaskan juga laporan tersebut,?katanya.

Mengenai kegagalan Kementerian Usahawan dan Pembangunan Koperasi dan Kementerian Wilayah Persekutuan untuk mengemukkan akaun kewangan mereka kepada Ketua Audit Negara, Param berkata, ia mencerminkan sikap sambil lewa mereka yang menerajui kementerian berkenaan.

Semua kementerian diperlukan mengemukakan akauan kewangan mereka pada bulan Disember 2004.

Mengulas mengenai perkara lain, Presiden TI Malaysia itu menegur ahli-ahli majlis kerajaan tempatan (PBT) yang tidak bersedia menerima kritikan tajam Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk M Kayveas, yang mendakwa sesetengah PBT diuruskan seperti kongsi gelap?
Berikutan itu, beberapa ahli PBT mengecam Kayveas kerana menurut mereka, telah membuat kenyataan yang tidak berasas.

Menurut Param lagi, terdapat laporan mengenai berlakunya salah pengurusan, penyalahgunaan wang tabung untuk mengadakan lawatan sambil belajar, dan memberi kelulusan penebangan kawasan hutan tanpa pertimbangan sewajarnya./Berita asal

Comments