Umat Islam kini hadapi krisis akidah yang sangat

Ipoh 9 Ramadhan 1426H @ 12 0ktober 2005 (Rabu) - Umat
Islam di negara ini sedang menghadapi masalah
keagamaan yang amat membimbangkan para penguasa agama,
jika tiada satu tindakan sewajarnya diambil.

Demikian menurut Mufti Negeri Perak, YBhg Dato' Seri
Dr Hj Harussani, ketika menyampaikan ucapannya dalam
mesyuarat Anggota Perkhidmatan Jabatan Mufti Negeri
Perak di pejabatnya pagi ini.

Menurut Mufti Negeri Perak lagi, pengaruh hedoisme,
merupakan masalah utama yang melanda remaja masa kini.
Demikian bilangan mereka yang didapati terlibat dalam
penyalahgunaan dadah dan tidak kurang pula mereka yang
asyik memuja artis @ idola mereka.

Manakala di kalangan awal remaja menamakan diri mereka
kumpulan anak-anak nakal yang mengamalkan kehidupan
seks secara bebas dan terbuka.

Tidak kurang hebatnya di antara kumpulan remaja ini
pula ada yang menyertai kumpulan metal dan memuja
syaitan.

Manakala di sebalik itu, di kalangan umat Islam yang
terjebak dengan pengaruh ajaran Islam Liberal dan mahu
Al-Quran ditafsir semula.

Begitu pula dengan kewujudan IRC satu masa dahulu,
walau pun kini ditangguhkan penubuhannya, ianya adalah
satu masalah yang menghimpit akidah umat Islam apabila
hak umat Islam mahu di sama ratakan dengan agama-agama
lain. Apabila cadangan ini mendapat sokongan dari Ahli
Parlimen Melayu dalam negara ini, ini bererti pengaruh
ini sudah cukup kuat dan perlu kepada penyelesaian.

Masalah sekularisme dari dahulu sampai kini belum pun
ada jalan penyelesaiannya. Ianya menghinggapi umat
Melayu apabila mereka tidak percaya agama Islam dapat
mentadbir kehidupan mereka.

Begitu pula kepada mereka yang terasa kosong dalam
kehidupan beragama memilih jalan singkat dan ramai
yang terpedaya dengan jalan mudah hingga terjebak
dengan ajaran sesat seperti Ayah Pin.

Paling mutakhir dan amat menyedihkan golongan agama
sendiri terjebak dalam khilafiah, yang mana ancaman
baru sehingga menimbulkan perpecahan di kalangan umat
Islam.

Justeru itu Mufti Negeri Perak mengingatkan setiap
anggota Jabatan Mufti supaya memperlengkapkan diri
dengan ilmu dan ketahanan sewajarnya bagi menangkis
semua masalah yang dihadapi ini - JMNPk
http://mufti.perak.gov.my/berita/berita051011-1.htm

Comments