Relakah Anda Majalah Lucah Playboy Bertapak Di Negara Islam Malaysia

Syarikat Industri Seks akan buka kedai di Megamall
Playboy Enterprises, adalah merupakan syarikat yang
mengeluarkan majalah lucah Playboy, akan membuka kedai
mereka Megamall, di Malaysia ini, walaupun penerbitan
mereka tidak dibenarkan dijual di sini. Apakah
barangan yang dibenarkan dijual oleh syarikat Playboy
di Malaysia ini ?

Apakah JAKIM, IKIM, PERKIM, ABIM, JIM, PEKIDA, Biro
Agama UMNO, Dewan Ulama PAS, para pendakwah bebas atau
pendakwah tidak bebas akan hanya berdiam diri,
mengambil sikap tunggu dan lihat atau hanya saling
tuduh menuduh antara satu sama lain atas segala gejala
sosial yang melanda umat Islam terutamanya orang
Melayu di Malaysia ketika ini?

Atau apakah kita orang Melayu menyokong usaha ini
kerana dari segi jangka pendeknya memberi peluang
pekerjaan kepada anak-anak gadis kita untuk bekerja di
kedai Playboy ?

Tidak cukupkan dengan majalah ghairah tempatan, novel
ghairah tempatan, VCD lucah ketika ini ?

Tidak cukupkah dengan gejala Black Metal, gejala Punk,
gejala Skinhead, gejala seks bebas di Malaysia ini ?

Berikut ialah petikan daripada laman web Malaysiakini
mengenai pembukaan Playboy di Megamall
http://www.malaysiakini.com/news/44418

Playboy to open store in Megamall
Dec 12, 05 10:26am
Playboy Enterprises, the company behind the Playboy
magazine empire, said Monday it will open a store in
Malaysia, even though the raunchy publication is
banned here.



Sudi-sudi layari blog saya di waghih.blogspot.com

Comments