Oleh Ekmal Yusof IPOH, 23 Mei (Hrkh) - Umat Islam
wajar menyalahkan diri sendiri akibat memberikan
mandat kepada pemerintah yang tidak dapat mengubah
senario dan nasib umat Islam yang makin tertekan
sehingga pelbagai gejala seperti murtad yang berlaku
ketika ini.
Mufti Besar negeri Perak, Dato' Seri Dr Haji
Harussaini Zakaria berkata demikian ketika berucap
sempena melancarkan penubuhan Jaringan Muafakat 18
buah NGO-NGO Islam Perak di Masjid Negeri di sini
baru-baru ini.
Menurutnya lagi, selain itu ibu bapa juga wajar
memikul tanggungjawab kerana gagal mendidik anak-anak
terutama yang akil baligh sehingga jumlah anak-anak
Melayu Islam yang tidak tahu mendirikan solat agak
ramai.
Selain itu, beliau juga tidak menolak kenyataan,
bahawa anak-anak Islam kini tidak tahu bersolat akibat
daripada perlaksanaan kepada sistem pendidikan Islam
di sekolah-sekolah yang tidak sempurna.
"Mungkin kita boleh bebalkan kerajaan kerana tidak
mewajibkan mata pelajaran Islam diajar di
sekolah-sekolah termasuk tidak digalakkan belajar
sembahayang dan bersembahayang di sekolah-sekolah
ketika tiba waktu zohor,"tegas beliau lagi.
Tambahnya lagi, tidak cukup dengan situasi sebegitu
terdapat pula kumpulan-kumpulan tertentu yang begitu
beraninya mendekati orang-orang Islam di seluruh
pelusuk negeri untuk didakwahkan dengan agama lain.
"Inilah yang kita hadapi setiap detik ke atas umat
Islam di sini, tapi orang-orang Islam tidak sedar,
orang Islam tidak mahu sedar kerana asyik leka dengan
hiburan serta meringan-ringankan solat di dalam
keluarga,"katanya.
"Oleh itu, jangan marah kerajaan, jangan herdik
pejabat agama, dia tidak boleh buat apa-apa pun. Dan
jangan marah para ulama.Tapi, sebenarnya kita sendiri
yang salah, kerana selama ini rakyat yang memberikan
mandat kepada pemerintah untuk 'meratah' rakyatnya
sendiri sehingga sanggup seolah-olah 'dibogelkan' iman
dan akidah,"katanya. - mks.
Adat Bersendikan Hukum , Hukum Bersendikan Kitab Allah
Syarak Mengata , Adat Menurut

Comments