Oleh Suhaimi Taib |
Zaman ini zaman anak muda melakar sejarah anak muda hari ini tidak lagi seperti dulu hanya melengang lenggok di tepi jalan berkumpul riuh di stesen bas, mengusik perempuan manakala perempuan buat temu janji dengan lelaki jalanan, liar, tidak bermoral. Anak muda hari ini harus melihat apakah akan jadi kepada generasi hari ini dan akan datang di bawah telunjuk penguasa sekularis yang mahukan mereka terus leka dengan artis-artis yang bayaran satu malam amalnya lebih mahal dari secangkir teh untuk Ustaz mengajar di surau dan masjid. Zaman ini zaman anak muda melakar sejarah anak muda menentukan masa depan warga kota dan desa warga yang tertekan dengan harga barang naik, petrol naik, gula naik, minyak masak naik, susu pekat naik, tepung gandum naik dan banyak lagi yang bakal naik akibat salah tadbir golongan penguasa nasionalis sempit tak bertamaddun. Zaman ini zaman anak muda melakar sejarah lihat anak muda dengan teknologi mayanya telah melontar regim Husni Mubarak Mesir jauh ke Laut Merah tersungkur rebah dengan laungan lautan manusia Irhal, irhal Mubarak irhal Irhal, irhal, Mubarak irhal, Irhal, irhal Mubarak irhal, pergi, pergi BN pergi, pergi, pergi BN pergi, pergi, pergi BN pergi. Anak muda ku kita sebenarnya ada kekuatan tersembunyi yang digeruni oleh penguasa-penguasa zalim seluruh dunia kekuatan kita adalah keyakinan kita untuk bangkit menyatakan yang hak kepada penguasa itu menyatakan kamu adalah penindas rakyat kamu menjadikan mereka pengemis dengan wang ihsan sedangkan merekalah yang kaya raya dengan khazanah rakyat membaham bagaikan jerung merantah bilis di lautan terbentang luas ini. Anak muda ku kita sebenarnya ada jiwa mudah tersentuh apabila kita melihat nelayan bapak-bapak kita terus dengan kehidupan, kais pagi makan pagi, kais petang makan petang, tidak berubah-rubah berdekad-dekad lamanya, sedangkan penguasa barang naik, mengumpul harta bertimbun-timbun, mengatur deretan istana dan kereta mewah, tanpa segan silu di hadapan gobok buruk rakyat. Ada lagi yang menggali perigi untuk mendapat sebaldi air buat sarapan pagi dan hidangan malam sedangkan penguasa menjamu selera dengan segala hidangan lazat dan minuman memabukkan lambang segala kemewahan dan kerakusan dunia. Rakyat terhimpit miskin dan tertindas hanya dibela di musim pilihanraya "Mak cik ambil duit RM50 ni, jangan lupa pangkah barang naik yer?" Nilai maruah rakyat hanya puluhan dan ratusan ringgit sahaja. Nah di sini, anak muda ku kita harus mulakan satu perubahan, menjadikan bapak-bapak nelayan kita, tidak lagi duduk berlindung di bawah gobok buruk di rumah sewa Yayasan Keluarga berasak-asak bagaikan ikan tamban dalam tempayan yang masih tidak ada kesudahan hala tuju hidup mereka akibat bahana kerajaan barang naik. Nah, anak muda ku kita perlu mulakan satu perubahan bersama kita ada jalan untuk selesaikan masalah kita dan masalah warga kota dan desa yang kita hidup bernafas di dalamnya kalau kita bermuafakat, Nabi bersabda, "Kambing bersama kawanannya tidak akan dibaham serigala." Kuala Terengganu 22 Mei 2011 P/S: Puisi dicipta dan dibaca khas untuk Pemuda Cendering Pantai dalam Majlis Ramah Mesra Bersama Dr. Syed Azman Syed Ahmad Nawawi ADUN Batu Burok, di Tepian Pantai Pandak Chendering Kuala Terengannu. |
Comments